Perbicaraan tentang Muhammad Sallāllāhu Alayhi Wa Sallam telah berlaku dua keadaan yakni satu golongan yang melampau dalam membicarakan kedudukan Baginda Sallāllāhu Alayhi Wa Sallam hingga menyamakan Baginda Sallāllāhu Alayhi Wa Sallam sebagai jelmaan Allah dan diri Baginda adalah sebahagian dari Dzat Allah yang Qadim. Kalimah Nur Allah atau Nur Muhammad yang ditafsir secara zahir tanpa ditakwil dengan makna yang menepati dengan jalan Akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Ramai para pencinta tasawwuf tanpa sedar tergelincir dengan fahaman Hulul dan Ittihad serta Wahdatul Wujud yang batil (yang difahami secara batil) lantaran kesalahan fahaman dalam tafsiran secara zahir akan kalimah yang diungkapkan tentang Hakikat Muhammad. Ada sebahagian yang melampau dalam menolak kemuliaan Muhammad Sallāllāhu Alayhi Wa Sallam hingga menganggap hanya manusia biasa yang tiada apa-apa keistimewaan melainkan hanya wàhyu yang diturunkan. Muhammad Sallāllāhu Alayhi Wa Sallam hanya dikenali sebagai Muhammad Bin Abdullah tanpa mengenali keagungan dan martabat khusus Muhammad dalam penciptaan Baginda di sisi Allah Subhānahū wa Ta'ālā berbanding dari makhluk yang lain. Buku yang ditulis ini adalah untuk menjernihkan kefahaman kedua-dua pihak dan memurnikan ajaran sufi agar masyarakat tidak terperangkap dengan ajaran Hulul, Ittihad dan Wahdatul Wujud yang batil (yang ditafsir secara batil) lalu menyandarkan nama wali-wali Allah serta kitab-kitab karangan mereka. Semoga kehadiran buku ini dapat membawa kebaikan kepada para pencinta jalan kesufian dan juga seluruh masyarakat pelbagai golongan agar ilmu kesufian dapat difahami dengan jalan yang jernih dan murni berdasarkan aqidah yang lurus. ______________________________________________________________
“Sekalung tahniah diucapkan kepada al-Fadhil Walid Ibrahim al-Malik di atas penulisan ini yang mengambil jalan pertengahan dan cuba menjelaskan kesilap fahaman yang berlaku. Semoga buku ini dapat memberi suntikan baru yang sangat berharga dalam memahami konsep syariat dan hakikat kerasulan Nabi Muhammad Sallāllāhu Alayhi Wa Sallam
.” Ustaz Nik Zulhaiza Bin Ismail Ketua Penolong Pesuruhjaya Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
______________________________________________________________
SAIZ BUKU : 15.2 CM X 23 CM
BIL. MUKA SURAT : 102 MUKA SURAT
KUALITI KERTAS : PREMIUM IVORY 80GSM
KULIT BUKU : KERTAS 310 GSM
KEMASAN : SPOT UV, MATT LAMINATE