Allah Tuhan Kami , Rasulullah ﷺ Nabi Kami , Islam Agama Kami

Risalah Al Bajuri Fi Al Tauhid - Terjemahan & Syarahan

Product Code: SunanPublisher - Risalah Al Bajuri
Availability: Only 10 items left in stock
RM12.90
Or 3 payments of RM4.30 with  Learn more

Or 3 payments of RM4.30 with
Learn more
Qty: Add to Cart
Description+

Pengarang/Penulis : Angah Sunan

Saiz Buku : 25.0cm x 17.6cm (B5)

Jumlah Muka Surat : 79 HARGA : RM12.90 (SM)

Prakata dari SS Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

============================================

Risalah karangan bekas Syaikh al-Azhar, Syaikh Ibrāhīm al- Bājūri ini antara kitab tauhid yang amat ringkas pernah ada. Ilmu tauhid tidak terlalu luas akan tetapi amat dalam. Untuk menulis kesemua ilmu tauhid, ia berhajat ribuan helai kertas. Oleh itu, Syaikh Ibrāhīm telah meringkaskan kandungan ilmu tauhid daripada kitab-kitab besar ke beberapa helaian muka surat sahaja. Apa yang tertulis di dalam matan adalah maklumat asas yang benar-benar penting sahaja yang mana hukum mengetahuinya adalah fardhu ain atas setiap mukallaf. Di sana ada perbahasan tauhid yang hukumnya fardhu kifayah atau sunat sahaja mengetahuinya. Risalah ini benar-benar sesuai untuk mereka yang baru mengenali ilmu tauhid. Untuk mengelakkan lemas dalam merenangi lautan perbahasan-perbahasan sukar ilmu tauhid, adalah penting untuk diketahui gambaran asas ilmu tersebut terlebih dahulu. Gaya persembahan bahasa yang digunakan dalam terjemahan adalah pertengahan. Saya juga membuat syarahan ringkas matan ini agar matan yang ringkas ini difahami secara terang. Tidaklah saya orang yang layak mensyarahkan melainkan dengan taufik daripada Allah. Saya menutup dengan ucapan syukur kepada Allah dan semoga ilmu tauhid Ahli Sunnah wal Jamā’ah terus kukuh berdaulat di muka bumi ini. Insya Allah.

Reviews (0)+